Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut). | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga. | Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang sukar baru kaya. | Sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mahal dibeli sukar dicari. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya. | Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rongkongan menghadap hilir. | Sukar mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing lepas senja. | Sukar dicari; merasa senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Direndam tak basah. | Sangat sukar dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Direbus tak empuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Direbus tak empuk. | Sangat sukar dikalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |