| Peluru perak pemecah kubu yang kuat. | Wang ringgit dapat memecahkan segala rahsia yang sulit-sulit. peluru perak = wang ringgit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berkelahi dalam kepuk. | Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menyukat belut hidup. | Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima, b. Menggantang anak ayam, c. Menggantang asap, mengukir langit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angin bersiru, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: Angin berputar, ombak bersabung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angin berputar, ombak bersabung. | Perkara yang amat sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau getah meleleh, kalau daun melayang. | Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telur di hujung tanduk. | Dalam keadaan bahaya; serba sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk. | Menghadapi perkara yang sangat sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima. | Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menggantang anak ayam, b. Menggantang asap, mengukir langit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |