Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja. | Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beraja di mata, bersultan di hati. | Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beraja di hati, bersultan di mata. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersultan di mata, beraja di hati. | Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |