Sumbing menitik, patah mengimpal. | Berhutang membayar; salah dihukum. titik dan kimpal = tempa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sumbing melalui (= meluaki), retak melampaui tara (= garis). | Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Retak melampaui tara (= garis). | Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Sumbing melalui [= meluaki], retak melampaui tara [= garis]). tara = kayu yang diberi berpaku akan pembuat garis pada kayu; melampaui cara = melampaui garis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |