Sungguhpun lemak santan, akhirnya basi juga. | Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terempas. | Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan. | Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. | Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |