Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(37)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai.Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan usul periksa dan sampai selesai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.Ajaran supaya tahu akan susah hidup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana.Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting.Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengorek dompet kawan.Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gaharu dibakar kemenyan berbau.Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang maling berteriak maling.Mendului orang menyorakkan sesuatu kejahatan, supaya kejahatannya tidak ketahuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut manis jangan percaya, lepas daripada tangan jangan diharap.Nasihat supaya berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang mahu menipu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam.Mengatur-atur sesuatu supaya baik. bersiang = membersih-bersihkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika.Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas