| Sesat surut, terlangkah kembali. | Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjur surut bak bertanam. | Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lalu hangus, surut layu. | Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. | Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. | Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Setumpuk lalu, sebondong surut. | Seia-sekata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebelum tercapai pantang surut. | Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak mengenang pasang surut. | Tiada mengingat akan kesusahan pada hari tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam. | Mengatur-atur sesuatu supaya baik. bersiang = membersih-bersihkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |