Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. budi pekerti, pekerti, perangai, watak: baginda tiadalah sekali-kali mendengarkan nasihat, kelakuan dia sahaja diperbuatnya, tambahan pula tiadalah sekali-kali menurut ~ ayahanda baginda dahulu; 2. perbuatan yg selalu dilakukan, kelakuan, tingkah laku: memang ~ku membaca dlm hati sahaja;bertabiat 1. berperangai, berkelakuan: me­nga­pa­kah dia ~ spt itu? 2. bersifat, beres­mi: spirogira ~ spt tumbuh-tumbuhan hijau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mem­pengaruhi fikiran atau perbuat­annya; perangai; budi pekerti; watak: Tidak mungkin dia dpt mengubah ~nya yg buruk itu. 2 perbuatan yg selalu dilakukan; tingkah laku: Memang ~nya bangkit pagi-pagi setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tabiat.

Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tinggi banir tempat berlindung.Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rebung tidak jauh dari rumpun.Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Amak berlela, amak berupa.Banyak tabiat, banyak olehnya. amak = terlalu banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula.Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada lukah yang kenyang oleh air.Tabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ekor anjing berapa pun diulurut [akan dia] tiada juga betul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya. takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan.Tabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan.Tabiat orang tak mungkin berubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih.Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas