| Mengenalkan diri bagai pisang lebat. | Mendapat kecelakaan kerana perbuatannya atau tabiatnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti garuk dengan sisir. | Dua orang yang bersaudara, tetapi berlainan kemahuan dan tabiatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya. | Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya. | Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tiada akan berubah tabiatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya. | Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |