Menjolok sarang tabuan. | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sarang tabuhan jangan dijolok. | Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengusik anjing tidur. | Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak badak dihambat-hambat. | Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |