Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Tahan punai kena merbuk,
     Merbuk bersarang di kayu jati;
Dah tahu benda tu mabuk,
     Sahaja nak cari mati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Tahan jerat sorong kepala.

Bermaksud :

Hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.

 

Lihat selanjutnya...(12)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan.Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahan jerat sorong kepala.Hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahan baji oleh kelidai.Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). kelidai = sebangsa kayu yang susah dibelah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Binatang tahan palu, manusia tahan kias.Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam tahan tempa, putih tahan sesah.Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manusia tahan kias, binatang tahan palu.Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sawah luas tahan tua, rumah gedang tahan tonggak.Orang yang meminjam wang, wajib ada orang yang menjaminnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum. (Bandingkan dengan: Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah [= mulia] bertabur urai, hendak berani berlawan ramai). geneng = gagah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana barang yang disadur.Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengalangkan batang leher.Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas