Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahi;

Puisi
 

Pinang muda atas ragian,
     Pinang tua beragi-ragi;
Kalau muda tahi gigian,
     Biar tua sekali-kali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam.

Bermaksud :

Tidak bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam.Tidak bersungguh-sungguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi). bergelumang = kotor berlumur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga.Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam mabuk tahi.Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga.Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar berputih tulang, jangan berputih mata, b. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas