Takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga. | Kesukaran tidak pernah menghalangi orang untuk berusaha mencari nafkah hidupnya. serik = jera. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Utang (hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |