Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ji] | تاجي

Definisi : = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipa­sang pd susuh ayam; ~ golok taji yg di­pasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuk­nya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb peri­hal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera ber­paling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ji] | تاجي

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk perabot rumah dan daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, Podocarpus nerii­folius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ji] | تاجي

Definisi : 1 susuh buatan drpd besi dll yg dipasang pd kaki ayam sabungan. 2 sesuatu (alat dsb) yg menyerupai taji 1. menaji menikam, mencucuk, me­nusuk dgn taji atau dgn benda tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taji (kata nama)
Bersinonim dengan susuh, jalu, pacu, sungga;,
Kata Terbitan : bertaji,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Selera bagai taji,
     tulang bagai kanji.

Bermaksud :

Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Laksana taji dibentuk.Kening yang elok.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selera bagai taji, tulang bagai kanji.Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk di ambung-ambung taji.Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kinantan hilang taji.Tidak berharga lagi. kinantan = putih belaka (ayam, kuda, dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga.Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas