Duduk di ambung-ambung taji. | Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana taji dibentuk. | Kening yang elok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selera bagai taji, tulang bagai kanji. | Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kinantan hilang taji. | Tidak berharga lagi. kinantan = putih belaka (ayam, kuda, dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. | Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |