Anak harimau takkan menjadi anak kambing. | Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga. | Kesukaran tidak pernah menghalangi orang untuk berusaha mencari nafkah hidupnya. serik = jera. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan rintang rusa oleh tanduknya. | Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa. | Hidup di dunia adakalanya senang dan adakalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang. | Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia. | Sesuatu yang sudah pasti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan harimau makan anaknya. | Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan cempedak berbau nangka. | Hendaklah diselidiki sesuatu perkara itu dengan saksama lebih dulu sebelum mempercayai percakapan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan bongkok sebab menyuruk. | Tiada hina atau cela mengerjakan sesuatu pekerjaan yang dipandang rendah, kerana menyelamatkan diri ataupun menyampaikan maksud yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan boleh bersiul sambil meminum air. | Melakukan pekerjaan yang mustahil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |