Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata takutkan

Peribahasa

Takutkan tuma dibuangkan kain.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dilepaskan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Takutkan bayang-bayangnya sendiri.Rasa takut kerana perbuatannya yang salah. (Bandingkan dengan: Takut akan bayang-bayang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takutkan tuma dibuangkan kain.Takutkan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dilepaskan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batang jangan dibongkar-bongkar, takutkan cacing di bawahnya berlingkar; lain rotan lain akar, walaupun sama boleh dibuat lekar.Nasib tiap-tiap orang serupa saja, Cuma derajat (darjat) dan kedudukannya saja yang berlainan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut.Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Marahkan tikus rengkiang dibakar.Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut titik lalu tumpah.Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah.Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan tikus rengkiang dibakar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut akan mayat terpeluk bangkai.Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan hantu, lari ke pandam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama.Tidak takutkan mati jika pada jalan yang benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut di hantu, terpeluk ke bangkai.Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas