Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat. | Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali. | Hidup dalam kemelaratan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak manik putus tali (= pengarang). | Air mata yang bercucuran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri. | Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa. | Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu. | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |