Layang-layang putus talinya. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya. | Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya. | Janji mesti ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya. | Manusia dihormati kerana kejujurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai wau putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana layang-layang putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |