| Tampan sudah, langgam terbawa. | Sudah tidak ada cacat celanya; segala-galanya baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angkuh terbawa, tampan tertinggal. | Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Cincin emas takkan tampan bermata kaca. | Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. | Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |