Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang. | Kesukaran berdagang ke negeri asing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kerbau runcing tanduk. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. | Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tanduk di kepala tak dapat digelengkan. | Tidak dapat menghindarkan diri daripada tugas kewajipan (pekerjaan) yang sudah ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tanduk diberkas. | Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mengepal pasir kering). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tanduk bersendi gading. | Tidak sepadan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta tanduk pada kuda. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meruncing tanduk kerbau. | Memberi perangsang kepada seseorang yang memang jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |