| Tanduk di kepala tak dapat digelengkan. | Tidak dapat menghindarkan diri daripada tugas kewajipan (pekerjaan) yang sudah ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang. | Kesukaran berdagang ke negeri asing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tanduk diberkas. | Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mengepal pasir kering). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tanduk bersendi gading. | Tidak sepadan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Minta tanduk pada kuda. | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meruncing tanduk kerbau. | Memberi perangsang kepada seseorang yang memang jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Runcing tanduk bangkah kening. | Sudah terkenal jahatnya. bangkah kening = dahinya berbelang, tanda jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak (boleh) tanduk telinga dipulas. | Asal dapat membalas dendam, apa saja dilakukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kerbau runcing tanduk. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. | Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |