Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanduknya

Peribahasa

Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.

Bermaksud :

Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan rintang rusa oleh tanduknya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Takkan rintang rusa oleh tanduknya.Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada akan rintang kerbau oleh tanduknya.Tidak akan terganggu seseorang yang cekap itu melakukan pekerjaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan rintang rusa oleh tanduknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati rusa kerana tanduknya.Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah mati kerana gadingnya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasturi mati kerana baunya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati kuang kerana bunyi.Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama kasturi, kerana baunya hilang nyawanya.Mendapat kecelakaan kerana memperlihatkan keunggulannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas