| Gantung tak bertali, salai tak berapi. | Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. (Bandingkan dengan: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti benang putih. | Menurut tanpa membantah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam disambar elang. | Mati tanpa sakit. (Bandingkan dengan: Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merenangi laut lepas. | Pergi merantau tanpa tujuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nikah maharaja bumi (= Boma). | Nikah tanpa belanja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Geruh tak mencium bau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Geruh tak berbunyi, malang tak berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jatuh tidak berkait (= berjolok). | Membuat sesuatu tanpa diminta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Linggi diserang, Riau yang alah. | Menyerah tanpa berjuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Makan bersabitkan. | Mendapat makan dan minum tanpa bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam terambil di nan kurang. | Berdukacita tanpa sesuatu sebab. di nan = pada yang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |