Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tat.ka.la] | تتکالا

Definisi : ketika (itu), pd masa (itu), waktu (itu): ~ itu anak miskin itu pun masuklah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tat.ka.la] | تتکالا

Definisi : pd masa; pd ketika; pd waktu: ~ itu, hari sudah gelap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tatkala (kata tugas,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan ketika, semasa, sewaktu, pada masa itu, pada waktu itu.,

Puisi
 

Johor Bahru jalan bertambak,
     Tempat anak Raja Temenggung;
Bukan baharu saya berkehendak,
     Memang tatkala ibu mengandung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai,
     (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Bermaksud :

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pasir di tepi pantai, (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari.Suara yang sangat merdu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas