Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bu.te.bu] | ٢ تبو

Definisi : 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tebu-tebu

Puisi
 

Budak-budak memakan tebu,
     Tebu ditanam di depan kota;
Duduk termenung di muka pintu,
     Terkenang kekasih jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Tebu setuntung masuk geraham gajah.

Bermaksud :

Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tebu takkan pahit rasanya.Orang yang sungguh-sungguh baik tidak akan berkelakuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu setuntung masuk geraham gajah.Pemberian yang sedikit kepada orang yang kaya tentu tiada terasa olehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu setuntung jadi separak.Anak gadis seorang, setelah kahwin beranak banyak pula. setuntung = sepotong kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu seruas berulat pula.Anak hanya seorang, buruk pula perangainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu pada awak, peria pada teman.Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang lain. (Bandingkan dengan: Tuah anjing, celaka kuda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.Berbuat baik, tentu kebaikan juga yang dibalas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertongkat tebu.Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertanam tebu di mulut, bertanam halia (= peria) di hati.Mulut manis, hati busuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertanam tebu di bibir.Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka.Gembira oleh kerana mendengar pujian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas