Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl kerana, oleh sebab; ~ itulah oleh sebab itulah, kerana itulah; alah bisa ~ biasa prb kalau selalu diperbuat pekerjaan itu hilanglah ketakutan dan kecanggungannya (pengalaman praktik lebih berguna drpd teori). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tegal
Bahasa Asal :sastera lama
Rujuk :kerana

Puisi
 

Si kuyong burung pipit,
     Terbang anak tiung lampai;
Mentelah lama menaruh sakit,
     Tegal dek ajal belum sampai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang adat tegal muafakat.

Bermaksud :

Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang adat tegal muafakat.Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa.Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa.Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan. (Bandingkan dengan: Alah bisa, oleh [= kerana, tegal] biasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas