Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata bantu yg menyatakan sesuatu perbuatan sudah berlaku atau sudah berlangsung: Apabila mereka sampai di situ, pertandingan itu ~ tamat. setelah sesudah; selepas; sehabis: ~ makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; menelah menyatakan apa-apa yg akan berlaku; meramalkan: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg akan terjadi kpd dirinya. telahan sesuatu yg ditelah; dugaan: ~nya meleset belaka. penelah orang yg menelah; tukang ramal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Puisi
 

Belah mana pasang pelita,
     Tarik sumbu di balik bukit;
Telah mana orang bermain mata,
     Tarik senyum kening terangkit.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Telah meraba-raba tepi kain.

Bermaksud :

Orang yang sedang sakit payah.

 

Lihat selanjutnya...(151)

56

Don't bite the hand that feeds you

Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.

Mengambil puntung pemukul kepala

We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you

Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, takkanlah mengambil puntung pemukul kepala .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(94)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Telah penuh sebagai bersukat.Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah meraba-raba tepi kain.Orang yang sedang sakit payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah menyelam lautan yang dalam-dalam.Banyak pengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah menggoncang girik.Tua renta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah lulus maka diselam.Setelah pekerjaan selesai baru teringat bagaimana yang baik untuk mengerjakannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah ke tengah makan api.Perselisihan yang hebat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah jadi indarus.Kalah berjudi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah habis maka dimakan.Berhemat cermatlah dalam semua perkara.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah dijual maka dibeli.Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas