Telinga bagai telinga rawah. | Tidak mengendahkan nasihat atau tegur ajar orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas. | Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga terbakar muka menyala. | Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga rabit, pasang subang di kaki. | Sesuatu hal yang tidak patut dipatutkan, akhirnya jadi tertawaan orang ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga rabit dipasangi subang. | Tidak pada tempat yang selayaknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali. | Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. | Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Longgar sendat, lapang bertukul. | Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pilin telinga saring-saring. | Fikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti telinga lintah. | Tajam pendengaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |