Sebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata. | Sejahat-jahat kaum keluarga (sanak saudara), kalau salah seorang di antaranya dihinakan, maka semuanya akan ikut membela (mempertahankannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata. | Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telunjuk lurus, kelingking berkait. | Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujung lurus, pangkal berkait, b. Lurus basai piarit, c. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Runcing telunjuk memalit sambal lada. | Hidup miskin dan melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Aus telunjuk mencolek garam. | Hidup dalam kemiskinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut. | Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggigit jari (= telunjuk). | Kecewa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada berbau telunjuk saya. | Cerita atau perkhabaran yang tidak dapat dipercayai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berlindung di balik telunjuk. | Rahsia yang tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh. | Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |