Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : = ~ merah sj logam berwarna merah dan digunakan utk membuat dawai (periuk dll); ~ kuning aloi drpd tembaga dan zink, kuning­an, loyang; ~ perunggu aloi drpd tembaga dan timah, gangsa; ~ putih aloi drpd campuran timah putih dan timah hitam; ~ suasa aloi drpd campuran emas dan tembaga;menembaga berwarna merah spt tembaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : bunga ~ suasa sj tumbuhan (herba), bakuh, bakung, bawang hutan (tanah, tembaga), melung, (se)landap, Crinum asiaticum; daun ~ suasa sj tumbuhan (pokok renek), dawai-dawai, dedawai (betina), itah tembaga, rancang besi, tampang besi, tongkat ali, Smilax callophylla; rumput ~ jantan sj tumbuhan (rumput), Ischaemum muticum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.ba.ga] | تمباݢ

Definisi : , = ~ merah logam ber­warna perang kemerah-merahan yg biasanya digunakan utk dibuat dawai, periuk dll: ~ kuning pancalogam drpd campuran tembaga dgn zink; loyang; ~ putih pancalogam drpd campuran timah putih dgn timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tembaga

Puisi
 

Api-api tembaga dusun,
     Anak Perlin bergelang kaca;
Bukan mati kerana racun,
     Mati terjelir si ekor mata.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Walau disepuh emas lancung,
     kilat tembaga tampak juga.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tembaga menunjukkan senam, besi menunjukkan karat, keris menunjukkan pamur, manikam menunjukkan cahaya.Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga.Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas