Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1. barang drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap (cawan, mangkuk, pinggan, dll), seramik; 2. serpihan (pinggan, periuk, dll), beling, tembereng; ditetak belah, dipalu belah, ~ juga akan jadi-nya prb walau bagaimanapun diseksa atau disakiti kesudahannya mati jadi mayat juga; hendaklah spt ~, pecah semua prb hendaklah hidup bermuafakat antara satu dgn lain; mem­beri makan anjing di ~, memberi makan gajah dgn alatnya prb tiap-tiap perbuatan yg dilakukan itu hendaklah bersesuaian dgn tempat dan keadaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.bi.kar] | تمبيکر

Definisi : 1 barang-barang (spt pinggan, mangkuk) yg dibuat drpd tanah liat yg dibakar dan bergilap. 2 serpihan atau pecahan pinggan mangkuk dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembikar (kata nama)
Bersinonim dengan porselin, seramik.,

Peribahasa

Jangan berebutkan tembikar pecah.

Bermaksud :

Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya.Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan berebutkan tembikar pecah.Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya.Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memberi makan anjing di tembikar, memberi makan gajah dengan alatnya.Tiap-tiap perbuatan itu hendaklah bersesuaian dengan tempat dan keadaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana api padam, di situlah (= di sanalah) puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal.Di mana mati di situlah dikuburkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana lalang habis, di situ api padam.Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas