Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? | Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam itik, raja pada tempatnya. | Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukan tanah menjadi padi. | Bukan tempatnya untuk berbuat baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai memakai baju pinjaman. | Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kapak naik cerana. | Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pinang pulang ke tampuk. | Sudah pada tempatnya; sudah cocok benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sirih pulang ke gagangnya. | Kembali ke tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiba di rusuk menjeriau. | Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam pulang ke pautan. | Sudah pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harta pulang ke tuan (= empunya). | Sudah pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |