Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pa.yan] | تمڤاين

Definisi : sj bejana yg dibuat drpd tanah liat utk menyimpan air dll: isikan air itu ke dlm ~; ~ budu = ~ peda a) tempayan utk membuat budu; b) ki rahsia busuk seseorang; ~ gumbang = ~ tapak gajah tempayan besar yg mulutnya sempit; ~ taban tempayan besar utk menyim­p­an air minuman; ~ telur buaya tempayan yg besar perutnya (spt buyung); kalau kubuka ~ budu baru tahu prb kalau kupecahkan rahsiamu sudah tentu kamu men­dapat malu; mulut ~ bagaimana menjahitnya prb tidak dapat dilarang seseorang drpd me­ngatai kita (jika kita berbuat kejahatan); spt ~ tertiarap di atas air prb perihal orang yg bebal dan tidak mahu menurut nasihat yg diberikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pa.yan] | تمڤاين

Definisi : bekas yg dibuat drpd tanah liat (bentuknya spt pasu tetapi mulutnya agak kecil) dan digunakan sbg tempat menyimpan air dsb: Air minuman mereka disimpan dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempayan
Rujuk :bekas

Puisi
 

Layang-layang hutan berduri,
     Madu kelapa dalam tempayan;
Lagi tak hilang Bukit Puteri,
     Saya tak lupa kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tempayan tertiarap di air.

Bermaksud :

Orang yang tak dapat diberi nasihat.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tempayan tertiarap di air.Orang yang tak dapat diberi nasihat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kering tempayan, cebok pun jauhlah.Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut tempayan bagaimana menjahitnya.Tidak dapat dilarang seseorang itu daripada berkata-kata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah tempayan pekasam, muka berconteng arang.Mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tempayan bocor.Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berendam di tempayan pekasam.Duduk berleka di rumah perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu.Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. budu = pekasam ikan kecil-kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah buyung, tempayan ada.Hilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas