Bertongkat senduk (= tempurung). | Orang yang sangat tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah bertongkat tempurung, tak terangkat pelupuk matanya lagi. | Sudah tua sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dijual sayak, dibeli tempurung. | Yang baru tidak berbeza daripada yang lama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Katak di bawah tempurung. | Sangat picik pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti katak di bawah tempurung. | Amat picik pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah terdorong kepada kukur, tinggallah tempurung saja. | Sudah mendengar bujukan jahat maka rosak binasalah kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air yang jernih, sayak yang landai. | Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. sayak = tempurung kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai geluk tinggal di air. | Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. geluk = timba daripada tempurung kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai buah keras di dalam sekul. | Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |