Bersuluh tengah hari. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memasang pelita tengah hari. | Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya. | Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. | Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Panas tidak sampai ke petang. | Sesuatu yang baik tidak akan tetap selamanya. (Bandingkan dengan: Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi terang lagi bersuluh. | Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |