Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar. | Usaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malas bergarit, perut perit. | Malas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada padang, ada belalangnya. | Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada air, adalah ikan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada air, adalah ikan. | Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun nipah dikatakan daun labu. | Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rajin bekerja mudah belanja. | Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau boros lekas kerugian. | Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Basuh tangan petap abu. | Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa berani mengamang, tak dapat tidak berani melawan juga. | Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. | Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |