Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu. | Kesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar). | Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggul terbakar di tengah huma. | Rupa yang hitam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga terbakar muka menyala. | Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati. | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena kecipak orang berbelut. | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar merangkak jangan menjalar. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |