Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tenggelam, masuk: matahari ~ di ufuk barat; 2. terpendam: harta ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbenam

Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
     tiada akan hilang cahayanya.

Bermaksud :

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tertimbun dikais, terbenam diselam.Menolong seseorang dalam kesusahan; memeriksa sesuatu dengan teliti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jejak selut kaki terbenam.Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. selut = lumpur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami.Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam).Persahabatan yang setia, sehidup semati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari.Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas