Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.sa/] | تردسق

Definisi : 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.sa/] | تردسق

Definisi : 1 terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2 tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak, dia tidak pernah datang ke rumah. 3 terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdesak

Peribahasa

Pukul anjing,
     tak pandang mata tuannya.

Bermaksud :

Orang yang terdesak hilang takutnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pukul anjing, tak pandang mata tuannya.Orang yang terdesak hilang takutnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti antah lemukut, berguna dilapar perut.Barang yang tidak berharga tetapi dalam keadaan terdesak terpaksa digunakan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas