Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gi.git] | ترݢيݢيت

Definisi : 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergigit

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Membuat tergigit (= tercabut) lidah.

Bermaksud :

Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tergigit lidah.Tidak tahu malu; tidak mengendahkan celaan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuat tergigit (= tercabut) lidah.Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dengan belanga lagi berlaga.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dan periuk lagi berantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas