Bau malaikat terhempas. | Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kaca terhempas ke batu. | Hati yang hancur kerana dukacita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ulat nangka terhempas ke batu. | Tidak serik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. | Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (= terhempas). | Lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar merangkak jangan menjalar. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |