Geruh tak mencium bau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Geruh tak berbunyi, malang tak berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malang tak berbau. | Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap saja bagai langau. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Wayang kepadaman damar. | Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana tumbuh, di situ disiang. | Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar). | Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap bak langau, titik bak hujan. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. | Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang). | Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |