Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.lom.pat] | ترلومڤت

Definisi : 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.lom.pat] | ترلومڤت

Definisi : 1 tidak sengaja (serta-merta) melompat; terloncat: Aminah ~ kerana terperanjat melihat sesuatu di kakinya. 2 terkeluar (perkataan dll): Dgn tidak disedarinya perkataan itu ~ dr bibirnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Burung tiung terlompat-lompat,
     Minum air dalam cerana;
Hendak cium tidak bertempat,
     Ada tempat orang punya.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat gajah terdorong,
     kuat harimau terlompat-lompat.

Bermaksud :

Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat.Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terdorong gajah kerana besarnya.Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas