Termakan di sadah. | Sangat kesal hati kerana tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Termakan (di)cirit berendang. | Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam termakan rambut. | Bunyi nafas yang sesak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi tersenduk tidak termakan. | Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan. | Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai diurap dengan daun katang-katang. | Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |