Memilih sangat, terpilih buku. | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku tebu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pilih-pilih ruas (= tebu), terpilih pada buku (= dilabu muda). | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memilih tebu dapat teberau. | Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |