Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sa.lah] | ترساله

Definisi : 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersalah

Puisi
 

Selasih hidup di bawah titi,
     Makan bersama buah papaya;
Kasih datuk tersalah beri,
     Orang tidak menimbang rasa.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.

Bermaksud :

Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Biarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap.Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar salah kain, jangan salah mulut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis.Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu.Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas