Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.siar] | ترسيار

Definisi : terbakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.siar] | ترسيار

Definisi : 1. telah dihebahkan (diumumkan, di­khabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana­mana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.siar] | ترسيار

Definisi : telah diumumkan ke merata-rata tempat melalui radio (surat khabar dll); telah diterbitkan dan disebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siar1
Kata Terbitan : menyiarkan, tersiar, siaran, penyiaran, penyiar,

Peribahasa

Mulut tabuh dapat disumbat,
     mulut orang bagaimana menyumbatnya.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup.Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang.Perempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam.Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas