Tersinggung lebih bak kena. | Lekas merasa hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mudah terbelingut bagai pisau belik. | Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mudah bengkok bagai parang timah. | Mudah tersinggung dan berkecil hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengambil bungkalan kurang. | Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya. | Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tercencang puar, bergerak andilau. | Jika orang dihinakan atau mendapat bencana, keluarga atau kaumnya akan merasa tersinggung atau merasa gusar juga. andilau = sama dengan puar tetapi lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |