Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar merangkak jangan menjalar. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |